Selasa, 7 Julai 2015

RINGGIT YANG MEMBELIT DAN MENGGIGIT

SALAM KENAL

Assalamualaikum...

Saya terpanggil untuk membina blog ini bagi tatapan pembaca tak kira latarbelakang bangsa dan agama. Segaja saya membina blog berlatar belakang hitam dan kosong ini sesuai dengan kandungan bahan yang hendak saya kongsikan. Saya rasa pengalaman ngeri saya ini perlu dikongsikan dengan ramai orang. Jadikanlah panduan dalam urusan kita sehari hari agar tidak terjebak seperti apa yang berlaku kepada saya.

Ramai yang bertanya mengapa boleh berlaku? Apa puncanya. Mengapa mengikut sahaja ? Saya yang menganggotai sebuah pasukan beruniform berpangkat pegawai pun dipedaya sebegitu mudah oleh mereka ? Ya... saya juga pada hari ini bertanya soalan yang sama kepada diri sendiri. Tetapi percayalah sesiapa pun apabila terperangkap dengan situasi ini akan jadi seperti saya kerana ada banyak batasan dan perkara yang perlu dipertimbangkan. Dengan sasaran mudah yang begitu banyak jumlahnya di sekeliling saya, saya terpaksa mengikut. Saya perlu melindungi ahli keluarga saya. Mungkin orang jahat itu cuma mengugut dan tidak akan berbuat apa yang mereka katakan. Bukannya mereka itu berani sangat. Polis pun ada. Betulkah begitu ? Saya tidak punya pengalaman sebelum  ini. Saya tidak berani mempertaruhkan nasib semua ahli keluarga saya.

Benar, urusan kita setiap hari akan berkisar kepada duit. Apa sahaja yang kita buat akan melibatkan duit. Jesteru itu kita melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan duit. Jika tidak berhati-hati kita akan terperangkap seperti apa yang menimpa saya. DUIT AKAN MEMBELIT DAN MENGIGIT!!!

Saya adalah kakitangan kerajaan yang telah mencapai pelbagai kecemerlangan di pelbagai peringkat. Saya dikenali rakan sekerja dari serata tempat di tanahair. Daripada diri saya sendiri, orang-orang di bawah pengurusan saya sehingga ke organisasi tempat saya bekerja telah saya bawa ke laluan kecemerlangan. Anugerah Khidmat Cemerlang saya dapat beberapa kali. Saya juga pernah menerima pingat daripada Sultan Selangor sempena Hari Keputeraan Baginda. Pendek kata sudah banyak kecemerlangan yang telah saya kumpulkan.

Namun hari ini saya telah hilang. Saya hari ini bukan saya beberapa tahun lepas. Saya hari ini tidak efektif lansung. Saya hadir ke tempat kerja sekadar hadir. Saya tidak membawa apa-apa pembaharuan, malah melaksanakan apa yang telah ditetapkan pun saya gagal.


TSUNAMI DATANG BERTANDANG

Tiba-tiba saya menjadi seorang pengemis dan hamba yang sangat hina. Saya bukan sahaja hilang segala potensi diri, malah hilang maruah. Langkah saya jadi kaku. Saya hilang suara, pendapat dan buah fikiran yang pada suatu masa dahulu diminta-minta oleh banyak orang dari seluruh negara.

Saya pada suatu masa dahulu sangat aktif menjalankan kursus-kursus dan perkhemahan untuk pelajar sekolah. Saya boleh menjadi fasilitator pada satu masa dan menjadi jurulatih aktiviti lasak pada masa yang lain.

Namun saya tidak berasa puas selagi belum mempunyai tapak sendiri atau kem untuk menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut. Maka saya mencuba banyak tempat untuk menjayakan impian saya itu bersama seorang kawan lain yang juga punya minat yang sama.

Peluang terbuka apabila sebuah resort ditinggalkan oleh pengusahanya di kampung kelahiran saya. Saya berusaha mendapatkan hak untuk menguruskan tempat itu. Akhirnya berjaya. Oleh kerana lama ditinggalkan, terdapat banyak kerosakan yang perlu diperbetulkan. Saya memerlukan sumber kewangan bagi melaksanakan rancangan saya itu. Rakan kongsi telah mengeluarkan modal yang banyak juga. Kasihan pula saya kepada dia.

Lalu saya telah memohon pinjaman koperasi melalui agen pinjaman. Saya telah pergi ke koperasi dan mahu menguruskan sendiri pinjaman saya tetapi dimaklumkan bahawa sekarang semua pinjaman hendaklah melalui agen yang mereka lantik.

Harapan saya bersinar apabila pinjaman saya telah diluluskan. Saya dihubungi oleh seorang pegawai koperasi berkenaan dan diminta buat akad melalui panggilan telefon tersebut. Menurut pegawai yang menghubungi saya itu selepas akad duit akan dapat dalam masa 14 hari bekerja.

Pada hari ke-14 saya dihubungi sekali lagi oleh pegawai koperasi berkenaan dan memaklumkan kepada saya terdapat kesalahan pada akad yang dibuat tempoh hari. Saya merasa sangat kecewa. Mengapa kesilapan itu disedari pada hari yang sepatutnya saya mendapat duit. Mengapa kesilapan itu tidak dikesan pada hari yang saya buat akad.

Walaupun kecewa dengan apa yang berlaku, saya akur juga untuk akad sekali lagi dan menunggu lagi selama 14 hari bekerja. Saya rasa sangat tidak wajar. Saya terpaksa akad sekali lagi dan menunggu lagi atas kesalahan yang bukannya berpunca daripada saya.

Malang rupanya tidak berhenti di situ. Pada hari yang sepatutnya saya dapat duit, agen menelefon saya mengatakan dana daripada bank yang bekerjasama dengan koperasi berkenaan untuk pinjaman ini telah habis. Sekali lagi saya dikecewakan, malah disulam lagi dengan berita yang lebih pedih. Saya diminta menunggu sehingga dana baru sampai. Bila ? Tak tau... Itu sahaja yang agen dapat beritahu. Koperasi lansung tidak dapat dihubungi.

Dalam masa melayan kecewa, saya dihubungi oleh orang yang tidak dikenali. Memperkenalkan dirinya sebagai A dan menyatakan dia adalah agen pinjaman. Entah macam mana dia tahu yang saya sedang berusaha mendapatkan pinjaman, saya pun hairan juga. Nak tuduh agen pinjaman koperasi yang menyebarkannya saya tiada bukti.

Oleh kerana sedang kecewa dengan keputusan urusan pinjaman koperasi tersebut, saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pinjaman yang ditawarkan. Dan saya pun telah mula berdiri di tebing curam perangkapnya. 

Lalu A pun menjalankan jarumnya dengan cukup cermat dan profesional. Penerangannya cukup menarik perhatian saya. Bahasanya sangat lembut. Pernyataan simpatinya kepada saya begitu nyata sekali. Dengan tawaran kadar faedah yang rendah, lebih kurang macam koperasi juga tetapi memberi jaminan jika semuanya dokumen lengkap, saya boleh mendapat duit pada hari yang sama sebelum jam 6.00 petang. Saya hanya perlu menyediakan salinan kad pengenalan, slip gaji dan penyata bank gaji.

Perbincangan selesai apabila persetujuan dicapai untuk berjumpa pada keesokan harinya walaupun A mendesak untuk berjumpa pada hari itu juga. Saya gunakan alasan dokumen tidak lengkap untuk menangguhkan perjumpaan  keesokan hari. Saya perlukan masa untuk meneliti kebenaran kata-kata A. Tidak lama selepas itu satu lagi panggilan telefon saya terima. Sekali lagi nombor yang saya tidak kenal. Memperkenalkan dirinya sebagai B, dia turut menawarkan pinjaman seperti A. Kali ini syarikat yang berbeza pula. 

Tergerak di hati untuk membuat perbandingan, saya mengajukan beberapa soalan berkaitan pinjaman. B juga memberi penerangan yang hampir sama. Kedua-duanya menarik perhatian saya. Saya kemudiannya bersetuju untuk berjumpa B bagi mengetahui lebih lanjut tentang pinjaman yang ditawarkan. B juga mendesak untuk berjumpa pada petang itu, tetapi dengan memberi alasan yang sama perjumpaan akan dibuat pada hari esok.

Jauh di sudut hati, saya tak mahu terperangkap dengan mana-mana syarikat kewangan berlesen apatah lagi yang tidak berlesen ( along ). Dalam hati berkata sekadar ingin tahu, apa salahnya berjumpa dan mendapatkan maklumat lengkap tentang pinjaman tersebut. Itu yang berlegar difikiran...

Keesokan harinya saya berjumpa A dan B. Saya berjumpa dengan A dahulu. A sangat cekap dalam urusannya dan tidak mengambil masa lama untuk tiba di tempat yang dijanjikan - di sebuah restoran makanan segera. Saya tunjukkan dokumen tetapi dia tidak pun mengambil dokumen itu. Barangkali meminta dokumen hanyalah helah untuk menunjukkan seolah-olah dia memang agen pinjaman yang sah.A menyakinkan saya bahawa berdasarkan dokumen yang saya tunjukkan, memang syarikatnya boleh memberi pinjaman sehingga RM100,000.00 ( seratus ribu ringgit ). Wow! Koperasi pun hanya boleh beri saya RM 50,000.00 ( lima puluh ribu ringgit ). A memberi jaminan syarikatnya akan menelefon saya sebelum jam 6.00 petang dan pastinya saya akan dapat pinjaman itu. Oleh kerana dia begitu bersungguh-sungguh dan menyatakan kad ATM saya tidak dipegang oleh syarikat saya bersetuju untuk memberi pertimbangan. Pada fikiran saya tempoh sebelum jam 6.00 petang nanti akan saya gunakan untuk berfikir dan mencari maklumat daripada rakan-rakan lain tentang pinjaman seperti ini. Sekiranya saya dapati tidak begitu menyenangkan, saya akan tolak apabila mereka menelefon nanti.

Kemudian saya berjumpa dengan B. Penerangan B pun lebih kurang sama sahaja. Saya pun berjanji akan mempertimbangkan tawaran B. Saya juga bercadang menggunakan masa yang ada untuk mencari maklumat lengkap tentang pinjaman ini.

Pada sebelah petang, seperti yang dijanjikan A menghubungi saya dan menjelaskan bahawa saya belum pernah membuat apa-apa pinjaman dengan syarikatnya sebelum ini. Oleh kerana itu pihak syarikat perlu mengetahui keupayaan dan komitmen saya untuk membayar balik pinjaman. A memberitahu saya bahawa saya perlu mengambil pinjaman kecil dahulu sebagai percubaan sebelum diberi pinjaman lebih besar. Saya menolak. Saya menyatakan tidak bersetuju dengan cara itu. Jadi saya membatalkan pinjaman.

Rupa-rupanya tidak semudah itu. Saya telah masuk dalam perangkap. Saya dipaksa mengambil pinjaman RM 3000.00 . Saya tidak perlukan pinjaman itu. Saya menolak. Namun mereka tetap memasukkan wang yang didakwa sebagai pinjaman ke dalam akaun saya. Apabila saya memeriksa akaun, hanya RM 1000.00 sahaja yang dimasukkan. A menjelaskan RM 2000.00 lagi adalah bayaran pengurusan, proses dan perjanjian. Saya diminta membayar RM 500.00 ( lima ratus ringgit ) setiap hari selama 6 hari berturut-turut. Jika gagal membayar hutang ini mereka akan datang mengutipnya di rumah. Kalau tidak dapat dengan saya, mereka akan ugut ahli keluarga yang lain.

Pada waktu yang hampir sama B pula menelefon saya. Juga menyatakan perkara yang sama. Pinjaman telah diluluskan tetapi oleh kerana tidak pernah memimjam dengan mereka, pihak pengurusan perlu melihat komitmen saya dahulu. Saya perlu mengambil pinjaman kecil sebanyak RM 3000.00. Namun yang ini agak longgar sedikit. Saya perlu membayar RM 3000.00 dalam masa satu minggu. Apabila saya memeriksa akaun, mereka hanya memasukkan RM 2000.00, namun lebih baiklah daripada yang pertama tadi.

Maka bermulalah episod malang dalam hidup saya. Saya telah terperangkap dan perlu memberi wang percuma kepada mereka RM 3000.00 ( RM 2000.00 kepada A dan RM 1000.00 kepada B disamping memulangkan semula RM 3000.00 yang mereka masukkan ke dalam akaun ). Hari ini, apabila semuanya telah berakhir saya sentiasa memikir bagaimana ini semua boleh berlaku? Begitu mudahnya saya terperangkap dengan sendiket penipuan ini. Seolah-olah saya tiada lansung daya untuk melawan. Memang... bukannya mudah untuk melawan. Banyak perkara perlu saya pertimbangkan. Jika saya seorang diri, pasti saya melawan. Saya ada semua yang diperlukan untuk melawan mereka. Namun anak-anak, isteri, emak sendiri, emak dan bapa mertua, adik beradik ipar dan anak masing-masing yang tinggal dalam satu kawasan dengan saya membataskan tindakan saya. Jika mereka datang, mereka akan menghantar gangster yang datang dalam keadaan mabuk dan boleh berbuat apa sahaja. Kalau berlaku kematian, mereka boleh terlepas kerana melakukannya di luar kewarasan

Berbalik kepada urusan hitam saya dengan A dan B. Saya telah berusaha membayar RM 500.00 setiap hari ke akaun syarikat A mulai esoknya. Saya berjaya menyelesaikan bayaran RM 3000.00 mengikut jadual. Saya merasa lega. Kemudian saya menyelesaikan pula lagi RM 3000.00 kepada akaun syarikat B. Saya merasakan tidak apalah rugi kira-kira RM 3000.00 asalkan semua ahli keluarga selamat.

Sangkaan saya rupanya silap. A menghubungi saya sebaik sahaja saya menyelesaikan bayaran untuk syarikat B. Dia mengatakan bosnya sangat marah kepada saya. Saya dikatakan tidak jujur. Belum pun diberi pinjaman saya telah menipu mereka. A menyatakan perundingan saya dengan B merupakan satu perbuatan yang salah dan dianggap menipu mereka. Mereka kata akan memberi pinjaman dan tidak perlulah saya berurusan dengan orang lain lagi. Saya menegaskan itu adalah hak saya untuk berunding dengan mana-mana pihak selagi saya tidak memutuskan untuk memimjam daripada sesiapa. Itu menyebabkan A menjadi marah dan menyatakan oarang-orangnya telah berada di sekitar kawasan berhampiran rumah saya dan hanya menunggu arahan untuk menyerang rumah saya. Saya tidaklah begitu percaya. Namun saya juga tidak boleh menolak kemungkinan itu. Ada ramai ahli keluarga saya tinggal bersebelahan saya.

Saya terpaksa berunding lagi dengan A. A menyatakan bosnya telah menetapkan denda sebanyak RM 3000.00 terhadap saya dan mesti dibayar dalam masa 24 jam. Masa itu saya hanya ada sedikit wang tunai dalam akuan. Saya gagal menyelesaikan RM 3000.00 dalam masa 24 jam menyebabkan saya dikenakan denda tambahan 50% lagi daripada yang asal. Aduhai, dah jadi RM 4500.00!!! Namun akhirnya saya berjaya juga membayar RM 4500.00 itu.Itu pun dengan bantuan rakan-rakan.

Dalam pada itu B menghubungi saya dan mengucapkan terima kasih atas komitmen yang saya beri. Dia berterus terang mendapat sedikit komisyen daripada bayaran yang telah saya buat. B menyatakan syarikatnya telah percaya bahawa saya memang boleh membayar hutang mengikut jadual dan jika berminat saya perlu mengisi borang pinjaman. Saya memberitahu B bahawa buat masa ini saya tidak memerlukan pinjaman itu. Dan hingga kini B tidak menghubungi saya lagi. Saya menyimpulkan bahawa B memang daripada syarikat kewangan berlesen yang berdaftar dengan pihak berkuasa.

Tenang beberapa hari, saya dihubungi oleh seseorang yang tidak saya kenali. Dia memberitahu bahawa daripada cara percakapan saya, dia tahu saya ada masalah. Dia memperkenalkan dirinya sebagai C. C memberitahu saya dia dari sebuah syarikat kewangan berlesen yang telah beroperasi lama. Di turut menawarkan pinjaman kepada saya.

Saya menolak dan memberitahu bahawa saya telah ditipu oleh seseorang yang menawarkan pinjaman yang serupa. Dia berkali-kali menyatakan syarikatnya tidak begitu. Syarikatnya telah lama beroperasi dan tidak akan melakukan perkara seperti itu. Saya dengan tegas menolak. Namun C telah menelefon saya berkali-kali. Dia menelefon tidak kurang daripada 3 ke 4 panggilan setiap hari. Namun saya tetap menolaknya.

Saya sangka perkara ini telah selesai. 2 hari saya tidak dihubungi sesiapa yang membuat tawaran pinjaman. Namun pada satu petang A menelefon semula. Dia kata bosnya yang minta dia menghubungi saya semula kerana perjanjian pinjaman yang dibuat menggunakan syarikat guaman luar belum dimatikan dan masih berjalan. Jika mahu dimatikan saya perlu menjelaskan RM 3000.00 lagi untuk dibayar kepada syarikat guaman itu. Saya tahu ini tidak betul dan mempertikaikannya. A kata bosnya marah dan bersedia untuk menghantar orang ke rumah saya. Saya diugut lagi. Saya mesti bayar petang itu juga.

Saya mulai mencari jalan lain. Saya menghubungi rakan saya seorang peguam dan seorang anggota Polis. Peguam suruh saya buat laporan Polis. Katanya jika tak ada menandatangani apa-apa dokumen pinjaman kenapa mesti ikut arahan mereka.

Namun berbeza pula dengan rakan saya anggota Polis itu. Dia kata saya terlibat dengan satu situasi yang agak bahaya. Dia kata laporan Polis pun tidaklah begitu membantu. Dia menyarankan saya menyelesaikan sahaja apa yang dituntut sambil membuat laporan Polis. Dia sudah berhadapan dengan beberapa kes seperti ini dan ternyata pihak berkenaan sangat licik. Slip pembayaran atau transaksi melalui internet banking akan digunakan oleh mereka sebagai bukti dan senjata untuk memusingkan fakta. Kita pula yang akan kena. Mereka boleh membuat laporan lain mengatakan kita yang tidak mahu membayar hutang.

Dalam keadaan yang kritikal dan masa sudah begitu suntuk lantaran mendapatkan pendapat daripada rakan-rakan, C menelefon semula dan menawarkan pertolongan. Saya mencari rakan-rakan sekerja dan saudara mara untuk mendapatkan bantuan kerana tidak mahu terperangkap dengan C. Namun hari yang semakin petang tiada seorang pun yang dapat membantu. C menelefon lagi dan seolah-olah merayu supaya diberi peluang menolong dan membuktikan keikhlasannya. Dalam keadaan yang sudah terdesak saya akhirnya bersetuju. Ya... saya sudah pun bersetuju untuk terjun ke dalam jurang yang semakin dalam!!! Pada masa itu memang terlintas juga difikiran saya bahawa perkara ini kelihatan dirancang. Mereka ini mungkin dari satu sendiket. Tapi dalam keadaan terdesak seperti itu, kita gagal berfikir dengan baik.

Dengan bantuan C saya berjaya menyelesaikan tuntutan A. Tetapi saya telah terjerat pula dengan C. C memberi RM 3000.00 dan minta saya membayar balik sebanyak RM 4500.00 dalam masa seminggu. Saya mahukan maklumat lanjut tentang cara pembayaran dan sebenarnya sedang membuat perbandingan cara dan strategi AB dan C. Saya ingin penjelasan jika dibayar dalam tempoh 24 jam adakah diberi sebarang potongan. C tidak membuat penjelasan sebaliknya hendak merujuk pejabat dahulu dan akan memberi jawapan kemudian. Esoknya C menelefon saya menyatakan bahawa saya telah bersetuju membuat bayaran dalam tempoh 24 jam semalam sedangkan semalam saya hanya bertanya. Saya terkejut dan cuba membantah. Tetapi C tetap menyatakan bahawa saya berjanji untuk membayar dalam tempoh 24 jam.

C yang lembut dan merayu-rayu sebelum ini bertukar watak. Mengertak dan mengugut. Saya dipaksa menyelesaikan bayaran pada petang itu juga sebelum jam 5.00 petang. Dengan jumlah yang yang agak banyak saya mula tersekat. Saya buntu mendapatkan bantuan dalam masa yang sangat singkat ini. Siapalah yang boleh memberikan bantuan sebanyak itu dalam masa terdekat ini.

Saya berlegar mencari kawan untuk dapatkan bantuan. Berjumpa dengan dengan 2 orang bekas rakan sekerja yang dah bersara. Mereka akhirnya setuju membantu. Itu pun bukan dengan memberikan cerita sebenar kepada mereka. Dengan bantuan dua orang ini saya berjaya melepaskan diri.

Namun ianya belum juga berakhir. Sama seperti A, C menelefon lagi dan menyatakan saya perlu mematikan perjanjian yang telah dibuat dengan bayaran RM 3000.00 jika tidak mahu meneruskan pinjaman. Saya telah ditawarkan pinjaman oleh syarikatnya sebanyak RM 60,000.00 kerana kononnya puashati dengan komitmen saya sebelum ini. Saya membantah dan pada masa yang sama menolak tawaran pinjaman itu. C memperlihatkan watak sebenarnya mengancam dan mengugut. Baru semalam saya meminta bantuan daripada kawan, tak kan hari ini saya perlu merayu bantuan lagi. Saya diberi tempoh hingga 6 petang.

Sehingga 6 petang saya gagal mencari bantuan. Saya tertekan. Rakan-rakan tak ada yang sanggup membantu. C terus menelefon dan mengugut. Saya mula terbayangkan keselamatan keluarga saya.

Percaya atau tidak selama ini saya merahsiakan semua kejadian ini daripada ahli keluarga. Saya tidak mahu ketenangan mereka terganggu. Saya mahu melihat isteri saya terus senyum dan ketawa. Begitu juga dengan anak-anak dan ahli keluarga yang lain. Sedaya upaya saya berusaha sendiri untuk menyelesaikan masalah. Tapi petang itu saya sudah tidak mampu lagi. Isteri dan anak-anak ada projek di tempat kerjanya. Anak sulung saya yang belajar di UiTM sedang bercuti membantu isteri saya . Anak lelaki saya bersama kawan-kawannya bermain FUTSAL. Saya hubungi isteri dan anak-anak dan suruh bersedia. Saya akan menjemput mereka dan ada hal penting nak diberi tahu. Anak lelaki saya suruh tidur di rumah rakannya.

Selepas menceritakan kepada isteri dan anak-anak, semuanya terkejut. Semuanya hilang selera untuk makan walaupun sebelum ke sekolah mereka semua merancang untuk makan di restoran makanan segera yang menjadi kegemaran mereka. Berada di restoran itu, mereka semua tak jadi makan. Anak bongsu saya yang berumur 8 tahun pun faham apa yang sedang berlaku. Ada masalah yang sangat kritikal sedang kami sekeluarga hadapi.

C menelefon dan menyatakan saya telah gagal mengikut jadual dan akan didenda RM 1500.00 setiap jam. Pada waktu yang sama dia juga menyatakan orang akan dihantar ke rumah saya untuk menuntut bayaran. Isteri saya seorang yang sangat prihatin tetapi cepat panik dan cemas. Dia pantas bertindak dan menghubungi saudara mara untuk dapatkan bantuan. Pada waktu hampir malam begitu memang susah nak dapatkan bantuan malah ada yang memperlekehkan kami juga.

Keputusan saya buat bersama isteri untuk membuat laporan Polis. Saya terus ke balai Polis membuat laporan dan memanggil ahli keluarga yang dewasa untuk menjaga kawasan rumah. Selepas laporan dibuat anggota Polis yang mengambil laporan saya itu menerangkan bahawa hal ini berkaiatan jenayah komersial. Kalau mereka datang ganggu telefon sahaja balai Polis dan mereka akan datang membantu. Ada benarnya apa yang rakan Polis nyatakan kepada saya hari tu. Laporan itu tidaklah melegakan saya. Walau bagaimanapun masih ada rasa kelegaan muncul selepas itu apabila C menelefon dan memberi masa hingga petang esok untuk menyelesaikan bayaran. Mereka tidak akan datang malam itu untuk memungut bayaran.

Esoknya isteri mendapatkan bantuan rakan setugas di tempat kerjanya. Alhamdullilah, ada juga insan yang sangat memahami dengan apa  yang sedang berlaku dan menawarkan pertolongan sewajarnya. Melalui bantuan mereka dan rakan-rakan sahabat serta saudara mara, saya berjaya menyelesaikan bayaran kepada syarikat C. Jumlahnya RM 15 000.00 !  Saya sendiri tidak sanggup menyatakan jumlah sebenar yang terpaksa saya bayar itu kepada isteri saya. Cukuplah apa yang dia berjaya dapatkan. Saya tidak mahu menyusahkan dia. Cukuplah saya sahaja yang berada dalam situasi kronik ini. Saya perlu lihat seri wajah dan dengar hilai ketawa isteri saya kerana hanya dengan ini saya mampu menghadapi masalah. Kalau dia tahu betapa kroniknya masalah saya ini dia juga akan terjejas. Dia akan muram dan semua seri yang saya harapkan daripada dirinya akan hilang dan akan menambahkan tekanan pada diri saya. Sebab itulah saya biarkan dia terus dalam keadaan gembira kerana saya perlukan dia berada dalam keadaan begitu untuk menghilangkan segala stress saya.

Kasihan pula saya kepada isteri. Ada pula orang yang salah sangka. Ada yang kata dia tidak peka dan tidak bersama-sama saya ketika saya dalam kesusahan. Malah ada yang mengatakan dia kelihatan gembira dan seronok sahaja ketika itu. Jangan salahkan dia. Saya memerlukannya sentiasa gembira atas sebab yang saya nyatakan awal tadi. Dia memang isteri yang sangat baik dan sangat membantu.

Baru beberapa hari lega muncul pemangsa baru. Saya dihubungi seseorang yang saya namakan sebagai D. D terus mengugut saya. Dia kata saya mempermain-mainkan syarikatnya. Dia kata saya telah membuat pinjaman tetapi tidak mahu menjawab panggilan apabila dipanggil. Saya tahu ini adalah penipuan. Belum sempat saya mempertikaikan apa-apa, D menyatakan saya sudah ada komitmen dengan mereka kerana wang telah dimasukkan ke dalam akaun. D mendakwa saya telah memimjam RM 3000.00 dengan mereka. Sekali lagi saya telah terkena. Mereka mahu saya membayarnya dalam tempoh 24 jam. Apabila disemak terdapat RM 1000.00 dalam akaun saya. Saya mencuba mendapatkan bantuan. Semua wang saya telah habis.

Saya berpusing satu daerah mencari bantuan. Hari tu, hari Sabtu. Memang susah dapatkan bantuan. Namun akhirnya dapat jugalah bantuan tetapi telah terlewat. Saya terlewat satu jam daripada masa ditetapkan. Saya dikenakan denda RM 1500.00 lagi menjadikannya RM 4500.00.

Esoknya D menelefon lagi. Katanya semalam saya telah lewat selama lebih satu jam. Pejabat telah hantar pihak pengutip hutang ( gangster India ) ke rumah saya. Tetapi apabila hendak sampai, saya telah buat bayaran. Jadi mereka panggil pulang pengutip hutang itu. Sekarang pengutip hutang itu minta bayaran daripada mereka. Katanya oleh kerana saya yang salah, maka saya yang kena bayar. Jumlahnya sangat mengejutkan - RM 2000.00. Memang tidak munasabah. Tapi saya tahu saya sedang dirompak tanpa mereka berhadapan dengan saya. Saya mesti cari jalan penyelesaian. Selepas mendapat pandangan beberapa pihak, saya membuat keputusan untuk bayar. Dan petang itu RM 2000.00 terbang lagi. Kawanlah yang membantu ...

Tidak sampai pun seminggu, C menelefon saya semula. Dia beritahu bahawa bosnya sangat kecewa kerana saya menolak tawaran pinjaman RM 60,000.00 yang ditawarkan oleh syarikatnya. Jadi saya dikehendaki membuat bayaran penutup dinyatakan sebagai pinjaman sahabat sebanyak RM 3000.00 lagi. Dan pinjaman itu sudah pun dimasukkan dalam akaun saya. Saya sangat terperanjat dan membantah keras. Sekali lagi dia mula menyasarkan isteri dan anak-anak saya. C sudah dapat kelemahan saya. Saya sanggup korbankan apa sahaja demi keselamatan isteri dan anak-anak saya. Saya sebenarnya sudah kehabisan tenaga. Dan kini bersedia untuk berhadapan dengan mereka di tempat mereka. Saya merancang untuk pergi kepada mereka dan berbincang.

Saya menimbang semua kemungkinan yang akan berlaku apabila saya pergi berhadapan dengan C. Saya merancang semua keperluan yang perlu disediakan. Belum pun saya habis merancang, A muncul kembali dan memberitahu bosnya mahukan saya membuat pinjaman penutup sama seperti C, seolah-olah mereka ada pertalian dan berpakat. Saya jarang memaki orang lain . Tapi kali ini perkataan yang kasar muncul dari mulut - saya memaki A. A sangat marah dan gunakan senjata yang sama seperti C - isteri kesayangan dan anak-anak!

Macam mana saya hendak berhadapan dengan kedua-duanya? Kalau saya pergi kepada A, C mungkin mencari orang-orang kesayangan saya. Maka saya mengambil keputusan untuk menyelesaikan perkara ini dengan mengikut kehendak mereka. A masukkan RM 900.00 manakala C masukkan RM 1000.00. Jumlah yang perlu saya bayar kepada kedua-duanya RM 6000.00. Dengan RM 1900.00 yang dimasukkan saya perlu mencari lagi RM 4100.00. Kena minta bantuan rakan-rakan atau saudara mara lagi. Beginilah jadinya saya. Apa kesudahannya jika saya tidak mengambil langkah drastik menghentikannya ?

Sekali lagi dengan bantuan rakan-rakan dan saudara mara saya berjaya menyelesaikannya. Mulia sungguh hati rakan-rakan dan saudara mara saya itu. Mereka sanggup membantu walaupun mereka sendiri dalam kesusahan. Malah ada yang sanggup memimjam dan menggadai barang kemas demi membantu saya. Hanya tuhanlah yang dapat membalas jasa mereka.

Saya perlu mengambil langkah drastik untuk menghentikan semua ini. Saya telah diperangkap oleh satu sendikit penipuan. Mereka satu rangkaian yang licik. Tektik mereka ialah memasukkan wang tunai dalam akaun kita dan membuat ugutan. Samalah seperti mereka melakukan rompakan. Cuma mereka tidak datang kepada kita.

Saya merancang untuk bertemu Dato Michael Chong, Biro Pengaduan Awam MCA. Saya berjumpa dengan majikan dan berbincang dan minta kebenarannya untuk berbuat demikian. Saya jelaskan bahawa saya bukan meminta bantuan untuk penyelesaian hutang kerana saya tiada hutang. Tapi saya mahu bantuannya untuk mencari jalan keluar daripada masalah ini. Saya dapat rasakan bahawa mereka dan ahli-ahli yang baru akan menghubungi saya lagi. Mereka semua sudah tahu keluarga saya yang tinggal dalam satu kawasan boleh dijadikan sasaran ugutan mereka ini. Jangkaan saya betul. Selepas itu saya menerima panggilan daripada banyak nombor tidak dikenali. Apabila tidak dijawab mereka menghantar SMS dengan nada baik. Saya pasti apabila dijawab, nada mereka akan berubah kepada ugutan. Saya biarkan dan tidak menjawab panggilan-panggilan tersebut. Tidak kurang dari 6 nombor baru yang sedang berusaha memerangkap saya. Saya terus tandakan sebagai HANTU 1 hingga HANTU 6. Jika mereka telefon saya akan abaikan. Tetapi saya mesti ada jaminan keselamatan. Saya perlu usahakan untuk saya dan keluarga saya.

Akhirnya saya menemui Dato' Michael Chong dan menyatakan tujuan saya. Dia kata hanya ada satu jalan iaitu keluar di surat khabar dan dedahkan apa yang berlaku. Saya terpaksa mengambil langkah ini dan kisah saya keluar di surat khabar kebanyakannya dalam surat khabar berbahasa Cina kerana target berita ini adalah kepada sendiket penipuan tersebut yang kesemuanya berbangsa Cina. Atas nasihat beliau saya telah menutup semua akuan bank dan menamatkan nombor telefon bimbit saya.

Sekarang semuanya telah berlalu. Semuanya hilang entah ke mana. Laporan akhbar dan menutup akaun serta nombor telefon bimbit menamatkan semuanya. Kelihatan begitu mudah. Namun sebenarnya saya dan keluarga sangat kuatir dan bimbang jika mereka datang semua sekali. Kami hidup dalam kebimbangan. Saya telah membuat satu lagi laporan Polis untuk keselamatan diri dan keluarga. Alhamdullillah. Dengan doa dan usaha yang telah saya lakukan menyebabkan semuanya hantu itu hilang. Gangguan mereka berhenti serta merta.

Namun disebaliknya saya terbeban dek hutang-hutang dengan rakan dan saudara mara yang masih belum dijelaskan. Saya sedang berusaha menyelesaikan hutang rakan-rakan dan saudara mara yang masih tertunggak. Terima kasih amat sangat kepada yang telah membantu. Bantuan anda semua tidak akan saya lupakan sampai mati. Kepada yang mungkin saya terlepas pandang, berhubunglah dengan saya. Saya pada waktu itu bagaikan orang yang hanyut dalam arus deras. Apa sahaja yang dapat menyelamatkan saya, saya capai. Mungkin ada yang membantu saya tetapi saya terlupa memulangkan kembali.

Yang menjadi persoalan rakan-rakan dan saudara mara sekarang ini ialah mengapa saya mengikut segala ugutan dan tuntutan mereka. Mengapa tidak lawan sahaja. Seperti yang saya jelaskan awal tadi, saya memang ada semua keperluan dan bantuan jika hendak melawan. Saya boleh, jika saya seorang, tiada isteri, tiada anak, tiada ahli keluarga lain yang tinggal berhampiran. Keganasan pihak pemberi pinjaman ke atas mangsa dan ahli keluarga mangsa sering dipaparkan di dada-dada akhbar membuatkan saya bimbang. Tindakan mereka tidak dapat kita duga. Saya dipaksa berhutang dan mereka berusaha sedaya upaya agar saya gagal membayar hutang mereka. Dengan cara itu mereka akan dapat memunggut bunga mengikut jam pula. Saya diberitahu ada orang yang terperangkap sehingga RM 180,000.00!

Ada juga yang salah faham. Mereka sangka saya dengan sengaja berhutang dengan mereka dan tidak mahu membayar balik hutang itu. Tidak benar sama sekali. Sebaliknya, saya yang memberikan mereka wang. Mereka mungkin mencari sumber kewangan untuk menyambut Tahun Baru Cina. Tempoh saya terperangkap ini lebih kurang sebulan iaitu sebelum, semasa dan selepas sambutan Tahun Baru Cina.

Saya telah membiayai sambutan Tahun Baru Cina mereka :

A - RM3000.00 + RM4500.00 + RM3000.00 + RM3000.00 = RM 13,500.00
B - RM3000.00
C - RM4500.00 + RM15,000.00 + RM3000.00 = RM 22,500.00
D - RM4500.00 + RM2000.00 = RM 6,500.00

JUMLAH KESELURUHAN = RM 45,500.00

AWAS...SESIAPA SAHAJA BOLEH TERPERANGKAP SEPERTI INI HANYA DENGAN SATU PANGGILAN. CUKUP DENGAN MEREKA MENDAPAT NOMBOR AKAUN BANK DAN NOMBOR TELEFON BIMBIT KITA. MESTI KEDUA-DUANYA!

Saya sangat fobia dengan kecanggihan teknologi waktu ini  kerana dengannya saya diugut dan ditipu. Sekarang telefon bimbit saya jarang berbunyi. Saya tidak lagi bersama telefon bimbit pada waktu malam. Mohon maaf sesiapa menelefon saya pada waktu malam saya tidak akan jawab kecuali yang benar-benar saya kenal. Saya tiada facebook dan tidak mengaktifkan washap. Kekadang saya lega dapat menjarakkan diri daripada kecanggihan teknologi terutamanya dalam bidang komunikasi. Terasa mahu balik ke zaman kanak-kanak dahulu. Kita tidak resah pun kalau tidak ada sebarang alat perhubungan. Hidup amat aman waktu itu.

Sesungguhnya kejadian ini saya anggap ada hikmah di sebaliknya. Setidak-tidaknya saya sudah faham tentang cara mengelak diri daripada diperangkap dan melepaskan diri daripada perangkap. Janganlah sesiapa mencuba untuk memerangkap saya semula. Saya sudah tahu taktik yang digunakan. Jangan harap akan dapat satu sen pun lagi daripada saya.

SAYA MASIH PERLUKAN SOKONGAN


Walaupun peristiwa hitam ini telah berlalu, namun masih ada saki baki hutang rakan-rakan dan saudara mara yang perlu saya lunaskan. Saya memohon bantuan supaya saya boleh menyelesaikan semua hutang-hutang saya. Tuhan mengurniakan saya sedikit bakat melukis. Saya pernah melukis kartun dan komik satu masa dahulu. Saya juga pernah menjadi artis grafik dan penyunting buku.

Saya memerlukan bantuan kewangan untuk membayar hutang rakan-rakan dan sahabat handai. Saya amat pasti memang ada hutang sahabat yang belum saya jelaskan lagi. Saya sedang menulis buku tentang pengalaman saya ini dan akan diterbitkan tidak lama lagi. Saya akan maklumkan apabila ia diterbitkan nanti. Belilah buku itu tanda sokongan anda kepada saya.

SAYA JUGA SEDIA UNTUK :

1. Memberi ceramah berkongsi pengalaman saya terperangkap dengan sendiket penipuan ini.
    - ini sangat berguna untuk pengetahuan dan panduan semua orang.
2. Memberi ceramah berkaitan kokurikulum di sekolah.
3. Mengendalikan kursus kepimpinan pengawas atau ketua tingkatan.
4. Mengendalikan kursus motivasi pelajar.
5. Mengendalikan perkhemahan pasukan badan beruniform.
6. Menyediakan tapak perkhemahan atau penginapan kursus kepada pelajar ( 40 - 60 peserta ) -
    di kem kendalian saya dan sahabat saya.

JANGAN LUPA TINGGALKAN KOMEN ANDA. MUNGKIN ADA CADANGAN ATAU PENDAPAT YANG BOLEH SAYA GUNAKAN UNTUK BANGUN SEMULA...

8 ulasan:

  1. Hello,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Jack Blessing, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (jackblessingfirm@gmail.com)

    BalasPadam
  2. Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Jack Blessing, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (jackblessingfirm@gmail.com)

    BalasPadam
  3. Hello kawan-kawan, saya mempunyai berita gembira untuk berkongsi. sila sertai saya untuk menjadi gembira. Saya baru mendapat pinjaman daripada organisasi pinjaman antarabangsa yang sah. Ini adalah bagaimana saya mendapat kenalan mereka. Saya melihat post mereka di forum ini dan e-mel mereka (charlesharveyfinancecompany@gmail.com) Jadi saya segera menghantar e-mel kepada mereka dan mereka membalas email saya. Secara jujur, pada mulanya saya sangat takut kerana saya telah kehilangan wang saya untuk penipuan sebelumnya. Tetapi, saya terkejut bahawa kurang dari 48 jam selepas itu, pinjaman $ 370,000 dolar negara bersatu yang dipohon saya sebenarnya telah dipindahkan ke akaun saya. Seluruh prosesnya adalah mudah. Sehingga sekarang, saya masih sukar untuk mempercayai bahawa ia adalah benar. Saya fikir saya bermimpi apabila saya mendapat mesej dari bank saya. Sekarang hatiku penuh dengan sukacita. Saran saya adalah mudah untuk semua orang yang mencari dorongan ikhlas untuk mendapatkan pinjaman yang sah untuk memulakan perniagaan atau membiayai projek adalah untuk menghantar e-mel kepada mereka sekarang dan anda akan terkejut kerana saya terkejut. Dan jika anda menghubungi mereka dan mendapatkan pinjaman daripada mereka, sila menyebarkan berita baik supaya orang lain juga boleh mendapat manfaat. ini ada e-mel sekali lagi, charlesharveyfinancecompany@gmail.com
    terima kasih.
    di sini adalah e-mel saya yang ingin anda bertanya kepada saya apa-apa. aishasalam006@gmail.com

    BalasPadam
  4. Halo kawan-kawan saya, saya mempunyai berita baik untuk dikongsi. sila sertai saya untuk menjadi gembira. Saya baru mendapat pinjaman daripada organisasi pinjaman antarabangsa yang sah. Ini adalah bagaimana saya mendapat kenalan mereka. Saya melihat seorang saksi Puan Aisha Salam dari Malaysia dalam forum ini tentang bagaimana mereka mendapat pinjaman daripada mereka dan dia memberi saya e-mel mereka (charlesharveyfinancecompany@gmail.com) Jadi saya segera emel mereka dan mereka membalas e-mel saya. Secara jujur, pada mulanya saya sangat takut kerana saya telah kehilangan wang saya untuk penipuan sebelumnya. Tetapi, saya terkejut bahawa kurang dari 48 jam kemudian, $ 235,000 pinjaman dolar negeri bersatu yang saya gunakan untuk benar-benar memindahkan ke akaun saya. Seluruh prosesnya mudah. Sehingga kini, saya masih sukar untuk mempercayai bahawa ia adalah benar. Saya fikir saya bermimpi apabila saya mendapat mesej dari bank saya. Sekarang hatiku penuh dengan sukacita. Nasihat saya adalah mudah untuk semua orang mencari dorongan tulus untuk mendapatkan pinjaman yang sah untuk memulakan perniagaan atau membiayai projek adalah menghantar e-mel mereka sekarang dan anda akan terkejut kerana saya terkejut. Saya ingin mengucapkan terima kasih terutama kepada Aisha Salam yang memberikan hubungan mereka dalam forum ini. Dan jika anda menghubungi mereka dan mendapatkan pinjaman dari mereka, sila menyebarkan berita baik supaya orang lain juga dapat memberi manfaat. ini ialah e-mel lagi charlesharveyfinancecompany@gmail.com
    terima kasih.
    di sini adalah e-mel saya yang anda ingin bertanya kepada saya ahmadsusan436@gmail.com dan email ini juga jika anda mahu mengesahkannya (aishasalam006@gmail.com)

    BalasPadam
  5. 3 ulasan yang masuk ini adalah contoh perangkap yang boleh membawa anda semua ke arah apa yang saya telah alami. Jangan sesekali terpedaya dengan mereka ini. SEMUANYA SYAITAN ! Saya sengaja tidak menyekat ulasan ini untuk menjadi panduan kepada semua orang.

    BalasPadam
  6. Halo,
    Nama saya ROBBI dari Cirebon Jawa Barat Indonesia, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu Alicia Radu karena telah membantu saya mendapatkan pinjaman yang baik setelah saya banyak menderita di tangan pemberi pinjaman online palsu yang menipu saya untuk mendapatkan uang tanpa menawarkan pinjaman, saya telah membutuhkan pinjaman selama 3 tahun terakhir untuk memulai bisnis saya sendiri di kota Cirebon di mana saya tinggal dan saya jatuh ke tangan perusahaan palsu di Turki yang telah menipu saya dan tidak menawarkan pinjaman kepada saya. dan saya sangat Frustrasted karena saya kehilangan semua uang saya ke perusahaan palsu di Turki, karena saya berhutang kepada bank dan teman-teman saya dan saya tidak punya orang untuk dijalankan, sampai suatu hari setia bahwa seorang teman saya menelepon Siti Aminah setelah membaca kesaksiannya tentang bagaimana dia mendapat pinjaman dari Ibu Alicia Radu, jadi saya harus menghubungi Siti Aminah dan dia mengatakan kepada saya dan meyakinkan saya untuk menghubungi Ibu Alicia Radu bahwa dia adalah ibu yang baik dan saya harus mengumpulkan keberanian dan saya menghubungi Ibu Alicia Radu dan saya terkejut ketika pinjaman saya diproses dan disetujui dan dalam waktu 3 jam pinjaman saya ditransfer ke rekening saya dan saya sangat terkejut bahwa ini adalah mukjizat dan saya harus bersaksi tentang pekerjaan baik Ibu Alicia Radu
    jadi saya akan menyarankan semua orang yang membutuhkan pinjaman untuk menghubungi email Ibu Alicia Radu: (aliciaradu260@gmail.com) dan saya jamin bahwa Anda akan bersaksi seperti yang saya lakukan dan Anda juga dapat menghubungi saya untuk informasi lebih lanjut tentang Ibu Alicia Radu email saya : (robbi5868@gmail.com) dan Anda masih dapat menghubungi Siti Aminah yang memperkenalkan saya kepada ibu Alicia Radu melalui email: (sitiaminah6749@gmail.com)
    semoga Tuhan terus memberkati dan mencintai ibu Alicia Radu untuk mengubah kehidupan finansial saya

    BalasPadam
  7. Ini luar biasa saat saya mengira semua telah selesai dengan saya Ibu Iskandar datang untuk menyelamatkan saya. Saya sangat berhutang sejauh orang-orang yang saya pinjam uang dari geng melawan saya dan kemudian membuat saya ditangkap sebagai akibat dari hutang saya. ditahan selama berbulan-bulan maka masa rahmat diberikan kepada saya saat saya dipulangkan dan dibebaskan untuk pergi dan mencari uang untuk membayar semua hutang yang saya terima sehingga saya diberitahu bahwa ada beberapa kreditur sah online sehingga saya harus mencari Karena melalui blog saya berualang kali tertipu tapi ketika saya menemukan Ibu Iskandar CEO ISKANDAR LESTARI LOAN FIRM, Tuhan mengarahkAan saya ke iklannya melalui blog karena daya tarik saya terhadapnya adalah benar-benar mukjizat mungkin karena Tuhan telah melihat bahwa saya memiliki banyak menderita karena itulah dia mengarahkan saya kepadanya. Jadi saya menerapkannya dengan antusias setelah beberapa jam pinjaman saya disetujui oleh Dewan dan dalam dua hari saya dikreditkan dengana jumlah pasti yang saya berikaan untuk semua ini tanpa jaminan tambahan Kredit Tanpa Agunan (KTA) sama seperti saya berbicara dengan Anda sekarang saya telah dapat menghapus semua hutang saya dan sekarang saya memiliki supermarket sendiri, saya tidak memerlukan bantuan orang lain sebelum saya memberi makan atau mengambil keuangan apa pun keputusan saya tidak punya urusan dengan Polisi lagi saya sekarang adalah wanita merdeka. Anda ingin mengalami kemandirian finansial seperti saya silahkan hubungi Ibu melalui BBM-nya: {D8980E0B} atau melalui email perusahaan: (iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com) Anda tidak dapat memperdebatkan fakta bahwa di dunia kesulitan ini Anda memerlukan seseorang untuk membantu Anda mengatasi gejolak keuangan dalam hidup Anda dengan satu atau lain cara, jadi saya memberi Anda mandat untuk mencoba dan menghubungi Ibu Iskandar di alamat di atas sehingga bisa mengatasi kemerosotan keuangan dalam hidup Anda. Anda bisa menghubungi saya melalui email berikut: (anggaannisa1979@gmail.com)) selalu bersikap positif dengan Ibu Iskandar dia akan melihat Anda melalui semua tantangan finansial Anda dan kemudian memberi Anda sebuah tampilan baru finansial.

    Detail Kontak Penuh:

    Perusahaan: ISKANDAR LESTARI LOAN FIRM (ISKANDAR LENDERS)
    Email: {iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com}
    BBM INVITES: {D8980E0B}
                            : {4424AA}
    Alamat Facebook: {www.facebook.com/iskandar.lesteri.7}
    Website: {iskandarlestari.wordpress.com}

               TESTIMONI OLEH
    Penerima Manfaat: Angga Annisa
       Email: {anggaannisa1979@gmail.com}

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

    Negara: Indonesia
    Nama: Queen Jamillah
    Alamat: Nusa Lembongan
    Teleph☎: +62 856-9328-4991
    WhatsApp: +62 856-9328-4991
    https://twitter.com/queen_jamillah
    e_mail: queenjamillah09@gmail.com
    Sudah dua tahun sekarang saya memberikan kesaksian tentang bagaimana saya meminjam jumlah 700 juta dari Iskandar Lestari Loan Company dan beberapa orang meragukan saya karena tingkat penipu online saya bisa membuktikan kepada Anda semua bahwa Bunda Iskandar bukan pemberi pinjaman yang curang. telah memberi saya satu hal lagi untuk tersenyum karena setelah menyelesaikan angsuran bulanan pinjaman yang saya pinjam sebelum saya memohon kepada ibu bahwa saya ingin pergi untuk ekspansi lebih lanjut dari bisnis saya sehingga saya mengajukan jumlah 2,7miliar setelah melalui proses hukum transaksi saya disetujui oleh pihak berwenang dan dalam waktu tiga hari proses hukum untuk menyalurkan pinjaman saya ke rekening Bank Rakyat Indonesia saya tercapai dengan mudah. ​​Saya tidak memiliki tantangan dengan Bank Indonesia karena Ibu Iskandar dan tim Manajemen dari ISKANDAR LESTARI LOAN COMPANY telah dianggap sebagai pemberi pinjaman yang sah sehingga tidak ada masalah sama sekali untuk bantuan keuangan, hubungi ISKANDAR LENDERS hari ini
    e_mail: [iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]

    Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh.

    BalasPadam